Pengikut

Jumaat, 17 Jun 2011

kena tipu...

Assalamualaikum. Kisah di Langkawi tak abis lagi. Tiket bas dari Shah Alam jam 12mlm tp naik bas jam 1.30 pg. Memang mengantuk gila sebab biasanya time tu dah tidur tp kat dlm bas, biasalah risau... siap bgtau kawan jgn beli tiket bas 2 tingkat. Berjaga2 kan... Tidur memang tak lenalah, takut... Biasalah bas bila mlm2 ni, laju tak ingat, asyik memotong aje... Setelah singgah di beberapa perhentian, akhirnya sampailah di Kuala Perlis lebih kurang jam 8 pg diiringi dengan hujan. Dah turun, apalagi beli tiket nak balik nanti. Risau gak kalau tiket abis. Kitaorang pergi kaunter, kat situ dah berlonggok orang kerumun. Memang tak sangka, kami kena kelentong dengan penjual tiket tu. Baik punya dia layan sambil borak2 dgn petugas kaunter, ingatkan betul rupa-rupanya... ceh... dah puas maki hamun pun. Yg bengangnya petugas kaunter tu cakap, mereka tak berani dedahkan sebab takut kena pukul. Bagi diaorang, lantaklah orang ramai kena tipu pun asalkan mereka selamat. Lagipun kalau takde tiket, nanti beli kat diaorang juga. Mereka tak rugi pun... Cisssss rasa nak bako aje... Benda dah lama, pihak berkuasa pun takde... Dan tunggu ajelah... aduan dah dibuat.

Tiada ulasan: