Pengikut

Khamis, 7 Julai 2011

tiramisu coklat...


dah makan baru ambik gambar... hahaha... mmg... selalunya lepas makan baru ingat nak ambik gambar. kek coklat tanpa telur ambik resepi dari aludra myresepi (Crazy Chocolate Cake). terima kasih atas resepi yg memang sedap. sebelum ni, adik kita dah buat & kita suka sesangat. kita buat 2 adunan. senang aje nak buatnya. sukat pakai cawan aje.

Aludra myresepi.com

Crazy Chocolate Cake

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

· 1 cawan / 120 gram tepung gandum

· 1 cawan / 180gram gula halus

· 3 sudu besar serbuk koko

· 1 sudu kecil baking soda

· 1 sudu kecil baking powder

· 1/2 sudu kecil garam

· 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak

· 1 sudu besar cuka

· 1 sudu kecil vanilla

· 1 cawan air sejuk

Cara-cara

1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.

2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.

3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.

4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.

Untuk krim.

250g cream cheese

200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
serbuk koko / choc rice

p/s: mmg xde stok nescafe sebab kita xblh minum nanti pitam. jd buat tiramisu coklat ajelah.

Tiada ulasan: