Pengikut

Isnin, 28 November 2011

K-drama

Assalamualaikum. Kita suruh adik belikan majalah InTrend semalam. Perkara pertama yg kita buat ialah tgk contest. Selak2 lebih kurang, hari ni baru sempat baca sikit2. Antara yg menarik ialah berkaitan K-pop & K-drama. K-pop tu, kita xlayan sangat tp K-drama tu bolehlah tahan. Masa Winter Sonata tgh popular dulu, kita pernah nak pinjam dvd kat kawan, tp xdpt2 pun, dia xpercaya kot, takut kita rosakkan. Kita dpt tgk sikit je cerita tu masa tayang kat tv sebab balik kerja lambat, pulak tu tv ada 1 aje, xkan nak berebut kot. Masa dulu2, nak tgk drama korea, harapkan tv aje. Mahal gila nak beli cd, nasib baik kita xfanatik sangat sampai nak beli. Lepas tu, kita pinjam kat adik kita yg rajin kumpul drama korea. Gila2 dia minat Jang Nara, semua drama dia nak tgk. Kita suka Kim Rae Won, semua cerita dia kalau boleh kita nak tgk. Bila dah ada internet ni, seronoklah boleh tgk free kat maaduu @ mysoju. Kita tgk semula cerita my love patzzi (walau dah tahu jalan cerita, tetap layan jugak sebab ada Kim Rae Won, Jang Nara & Kim Jae Won).
Pernah jugak nak tgk winter sonata tp cuma sekejap je bertahan, lepas tu terus lupa... Antara cerita yg berjaya kita abiskan ialah boys over flowers (dah tgk kat 8tv tp tgk semula kat maaduu), full house (masa siar kat tv dulu, kita xtgk), princess man (siap nangis2 sampai bengkak mata, endingnya mendukacitakan (penat2 je berperang bagai, last2... aduhai... rasa rugi je tgk) dan yg terbaru ni pasta (terasa nak makan spaghetti aglio olio tetiba :) ).


2 ulasan:

dalila berkata...

dela paling suka cerita kim sam soon. walaupun heroin gemuk tapi jalan ceritanya tersangatlah dela suka.....hhee

ida berkata...

Akak pun suka cerita tu tp byk yg skip sebab xsempat tgk.