Pengikut

Sabtu, 21 April 2012

umrah...30.03.2012 - 11.04.2012

Assalamualaikum. Balik je dari Kuantan, busy dengan persiapan umrah...pagi jumaat 30.03.2012, bergegas ke lcct, naik air asia ke Jeddah. Kami ikut Zahafiz Travel & Tour. Ini kali kedua mak pergi dengan Zahafiz. Memang puashati. :)



Kami tiba di Jeddah waktu Maghrib. Selesai ambik beg, kami solat jamak dan naik bas ke Madinah...ada 5 bas semuanya...kami berhenti sebentar makan nasi...kemudian sambung perjalanan dan selamat sampai ke hotel...bas kami sampai dulu, jadi kena tunggu untuk dapatkan kunci bilik...sempat rehat sebentar, kemudian bersiap-siap ke masjid Nabawi, solat subuh.  Tak dapat digambarkan perasaan sewaktu memasuki masjid Nabawi, dengan ribuan manusia yang membanjiri kawasan masjid...Subhanallah!! Tenang dan damai aje jiwa...selepas solat, keluar sahaja kawasan masjid, penuh dengan barang jualan di kaki lima jalan, deretan kedai yang menjual aneka barangan...memang meriah...jubah mmg lawa2...



3 hari di Madinah, kami dibawa ke Masjid Quba' dan solat sunat, cuma lalu dan lihat Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain dan ke Jabal Uhud (sempat shopping), Kebun Kurma (rambang mata tengok coklat & kurma) dan Pasar kurma (mak shopping kurma).


Perjalanan diteruskan ke Mekah dan singgah di Bir 'Ali untuk bermiqat dan berihram. Sampai je hotel, lepas letak barang dalam bilik, makan dan kemudian ikut ustaz ke Masjidil Haram untuk selesaikan ibadah umrah kami. Selepas subuh, baru kami balik ke hotel.



Alhamdulillah...kenangan dan pengalaman indah yang sukar dilupakan...insyaAllah, dipanjangkan usia pasti akan kembali lagi di tanah suci...amin...

Tiada ulasan: