Pengikut

Jumaat, 6 Julai 2012

akhirnya, demam...

Assalamualaikum. Minggu lepas, pergi kursus di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi.  Seronok belajar tentang Pengurusan Harta Wakaf.  Alhamdulillah, ramai yang mewakafkan harta mereka terutamanya di Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor.  Memang banyak manfaatnya jika, wakaf ini dikembangkan.
Minggu ni pergi exam KPSL pulak.  Semalam pergi jugak exam walau demam dan selsema tak baik lagi.  Soalan tahun2 sebelumnya, keluar semula.  Hehehe...mana yang sempat tu, dapatlah jawab.
Bila takde kat opis, banyaklah kerja yg tertangguh.  Sebab kesihatan pun tak mengizinkan, setakat tengok ajelah...  Tak dapatlah nak siapkan semua.  Nak buat macamana, takde yg cover kerja kita. :(
Petang ni nak pergi klinik, punyalah lama, baru hari ni nak jumpa doktor.

Tiada ulasan: